Monday 15 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013


Assalamualaikum. Seronoknya, tahun ni banyak betul pesta buku dianjurkan. Sebelum ini dengan Pesta Buku 1 Malaysia, sekarang pula dengan pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLiBF 2013). Moga dengan penganjuran program-program sebergini dapat memandaikan rakyat malaysia. Biar celik segalanya, bukan rakyat yang ikut-ikut tampa ilmu pengetahuan.


Ketika Pesta Buku 1 Malaysia, beberapa bulan yang lepas, aku sempat juga meborong beberapa buku dengan harga yang diluar jangkaan. Harapnya KLiBF 2013 yang akan datang ini juga dapat memberi pelbagai lagi diskaun menarik.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah acara pesta buku tahunan yang terbesar dan penting di negara ini. Ia melibatkan bukan sahaja dari penerbit-penerbit tempatan, malahan juga penerbit-penerbit dari negara-negara ASEAN dan antarabangsa .


KLiBF 2013 / PBAKL 2013 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama enam (6 ) Persatuan Industri Buku di Negara, dengan bertemakan "Dunia Tanpa Sempadan".


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ini berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 26hb April 2013 hingga 5 Mei 2013
Tempat : Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3, 4 dan
Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Masa :10.00 pagi - 7 malam
10.00 pagi 9.00 malam (Jumat, Sabtu & Public Holiday)
Upacara pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke 31 ini akan diadakan pada 27 April 2013 pada jam 3.00 petang di Pentas Utama, Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Setakat yang aku apa yang aku dimaklumkan Penerbit PTS akan turut serta dalam Pesta kali dengan Diskaun yang lebih menarik.




Sukan Bola Sepak Guna Basikal Di Jepun..

 Pertandingan Bola Sepak dengan Menggunakan Basikal

Menggunakan kaki saja sudah cukup sukar, apalagi menggunakan basikal?

Sebuah pertandingan bola sepak yang unik di Jepun. Jika biasanya bermain bola sepak hanya dengan menggunakan kaki, kali ini di negeri sakura di gelar sebuah perlawanan bola sepak dengan menggunakan basikal!

Boleh dibayangkan betapa sukarnya bermain bola sepak dengan menggunakan basikal. Ini merupakan bentuk perpaduan dua sukan yang tentunya memerlukan kepakaran dan kekuatan lebih. Kadang-kadang jika tak mampu mengendalikan keseimbangan ketika berlanggar dengan pemain lawan, mereka pasti akan terjatuh.

Negeri penuh inovasi Jepun kembali mempraktikkan sukan unik yang terdiri dua komponen sukan, bola sepak dan basikal. Hebatnya tidak hanya mencampur dua sukan tersebut, mereka juga membuat pertandingan tersebut.

Hal gila namun menimbulkan rasa kagum itu hanya boleh dilihat di perfektur Kagoshima Jepun. Adalah RC Mazda Hochst III kontra Congo Tokyo dalam perebutan final piala dunia UCI 2010 silam sebagai pasukan yang bertanding.

Sukan ini hampir sama sekali dengan futsal. Bertempat di tempat indoor dan satu pasukan hanya terdiri dua orang yang menggunakan basikal. Namun yang unik, mereka menjaga gol, menendang sehinggalah merebut bola layaknya bermain menggunakan kaki bukan basikal. Tak kekok dan kelihatan selesa dalam bermain.

Pada akhirnya yang merebut gelaran tersebut adalah Mazda Hochst III dengan skor 9-6 atas Congo Tokyo. Uniknya, pemain Mazda bukan berasal dari negeri sakura melainkan Austria dengan kakak beradik Thomy dan Markus Broll sebagai skuat utamanya





Wednesday 10 April 2013

Bangku Paling Pelik Di Dunia


Dah lama Hackers mendiamkan diri dari dunia blog ini. Bukan bermakna diam itu tidak mahu jadi blogger tau tetapi Hackers sibuk baru-baru ini. Maklumlah, musim orang kahwin, itulah sibuknya. Oklah, berbalik pada tajuk tersebut, Hackers terjumpa satu bangku paling pelik di dunia. Mungkin tiada di tempat lain rasanya.


Ia hanya terdapat di De Haan Wenduine, Belgium sahaja. Bangku di sini ada bentuk berpintal dan pelbagai bentuk yang pelik. Jika dilihat, ada yang sukar untuk kita dudukinya. Macam-macam manusia ini cipta. nak kelainan punya pasal, inilah jadinya. Difahamkan, pihak berkuasa bandaraya ini buat kerana untuk semperna acara seni rupa kontemporari baru-baru ini. Kreatifkan rekaan ini?











Rumah Paling Nipis Di Dunia



Setiap orang pasti ada mengimpikan rumah yang diidamkan selama ini. Rumah adalah aset paling penting berbanding dengan kereta. Jika mahu membina atau membeli rumah, pasti anda akan cari yang besar dan selesa. Rumah besar itu biada kita dengar tetapi pernahkah anda terfikir mengenai rumah yang agak nipis?



Ya, memang ada rumah yang nipis di bina. Ianya hanya terdapat di Warsaw, Poland. Ia direka oleh arkitek yang berasal dari Poland iaitu Yakubos. Beliau mendapat ilham untuk membina rumah ini kerana untuk menggunakan ruang yang sempit yang sedia ada tanpa menjadikan ianya terbiar.


 



Lihatlah betapa sempitnya rumah ini. Pasti ia akan menyukarkan anda untuk bergerak kerana ruangnya teramat terhad. Rasanya hanya seorang sahaja yang mampu duduki rumah ini. Rekaan rumah ini memang kreatif tetapi ia menyukarkan.


Sunday 7 April 2013

Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat; dengan cara yang paling murah.

1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)


Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

1. Punca Kencing Manis
 Diabetes berpunca samada dari pankreas badan yang tidak menup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan. Hampir setengah populasi yang mempunyai insulin bermasalah tidak pernah didiagnosis.

Dalam perubatan moden, belum ada ubat yang boleh menyembuhkan pesakit dari kencing manis. Namun, kawalan terhadap tahap insulin dan terapi perubatan yang lain disamping diet pemakanan yang betul mampu memberi pesakit kencing manis keadaan kesihatan yang baik dengan kesan sampingan yang sedikit, walaupun risiko kematian di kalangan pesakit kencing manis adalah lebih tinggi, berbanding jika mereka tidak menghidapinya.

2. Kesan Kencing Manis Terhadap Pesakit
Peningkatan glukosa dalam darah yang sederhana boleh menyebabkan kegagalan ginjal; merosakkan penglihatan akibat masalah salur darah dalam mata; dan halangan terhadap aliran darah ke limpa yang mengakibatkan gangren (kemerosotan sel/kematian tisu/ akibat kekurangan oksigen) dan risiko amputasi (pembuangan tisu rosak/ mati yang menghitam dan busuk) secara berterusan.

Diabetes mellitus juga meningkatkan pesakit kencing manis terhadap terhadap risiko terjadinya sakit jantung koroner dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi (lelaki), dan empat hingga lima kali ganda lebih tinggi (perempuan). Risiko strok di kalangan pesakit kencing manis juga meningkat sebanyak dua hingga tiga kali lebih tinggi.

Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan koma dan kematian (kebiasaan yang dihadapi pesakit kencing manis sebelum penemuan insulin pada tahun 1921). Pada pertengahan era ke-20, sekitar 30% kandungan di kalangan wanita yang mengidapi kencing manis berakhir dengan keguguran janin dan kematian bayi selepas seminggu kelahiran, disamping risiko lebih tinggi kecacatan terhadap bayi yang selamat membesar. Kini, kadar keguguran janin bagi wanita mengandung yang mengidapi kencing manis adalah lebih rendah (sekitar 5.6%), berbanding populasi ibu mengandung normal 1.4% sahaja. Bayi bagi ibu yang menghidapi kencing manis biasanya lebih besar (gemuk) dan rata-rata bayi menghadapi kesukaran bernafas dan hypoglycaemia (gula rendah dalam darah) semasa lahir.

3. Simptom Dihidapi Pesakit Kencing Manis
Simptom biasa dikalangan pesakit kencing manis adalah penurunan berat badan akibat kehilangan air (dan cecair) dan lemak, akibat badan yang tidak berupaya memproses karbohidrat (sumber tenaga dari makanan).

Simptom lain adalah kekerapan kencing, mengakibatkan badan hilang air lebih banyak - meningkatkan rasa dahaga, sakit otot, kegatalan di bahagian sulit, dan peningkatan risiko bernanah dan infeksi di kulit. Lebih separuh populasi pesakit kencing manis tidak pernah didiagnos sehingga beberapa tahun sehingga tahap gula dalam darah yang tinggi akhirnya dikesan sampel darah dan air kencing dalam ujian perubatan.

4. Kaedah Rawatan
Walaupun spesifik manapun kaedah perubatan disyorkan, tujuan rawatan terhadap pesakit kencing manis adalah untuk memastikan kandungan glukosa dalam darah kembali ke paras normal. Kebiasaannya dengan mengawal kandungan insulin ataupun dengan memberi terapi mengurangkan glukosa. Diet pemakanan terkawal dilakukan demi memastikan kandungan hidangan dan snek dimakan pesakit kencing manis tidak membebankan insulin.

5. Diabetes Mellitus Yang Tidak Bergantung Kepada Insulin
Juga dikenali sebagai Jenis 2. Biasanya dihidapi pesakit berumur lebih 40 tahun dan meningkat mengikut peringkat umur. Dalam kes ini, pankreas tidak menyekat pengeluaran insulin tetapi kuantiti insulin dihasilkan tidak mencukupi, atau hormon insulin sedia ada tidak mengaktifkan penyerapan glukosa dalam otot dan tisu, yang amat diperlukan badan sebagai sumber tenaga. Akibatnya, glukosa yang tidak diserap ini akhirnya terkumpul dan meningkat dalam darah dan urin (air kencing). Walaupun punca kegagalan insulin untuk berfungsi tidak diketahui, tapi kencing manis Jenis 2 ini dikesan menular dalam sesetengah keturunan keluarga.

Risiko kesihatan terlibat, seperti akibat peningkatan umur, obesiti, dan gaya hidup moden yang kurang pergerakan.

Kencing manis Jenis 2 ini boleh dikawal pada peringkat awal mudahnya hanya melalui diet pemakanan seimbang, atau melalui pengambilan tablet (sulphonylureas, biguanides ) yang boleh mengurangkan kandungan glukosa (gula) dalam darah. Walaubagaimanapun, kebiasaannya pesakit masih memerlukan suntikan insulin.

6. Diabetes Mellitus Yang Bergantung Kepada Insulin
Dikenali sebagai Jenis 1, kencing manis jenis ini biasanya dihidapi kanak-kanak dan belia muda dan meningkat secara agresif. Terjadi akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan hormon insulin. Sistem imunisi badan dilihat mempunyai masalah, mengenalpasti sel badan normal sebagai sel islet asing, dan memusnahkannya. Kencing manis Jenis 1 ini juga boleh terjadi akibat virus dan bahan kimia.

Kencing manis jenis ini memerlukan rawatan segera dari segi pengawalan diet pemakanan dan suntikan kerana risiko kematian terhadap pesakit yang amat tinggi. Jika badan tidak mampu mendapatkan tenaga dari glukosa (dari makanan), badan akan mula menghuraikan lemak di badan sebagai sumber tenaga alternatif; ini akan mengakibatkan pengumpulan toksik ketones, yang mengakibatkan koma. Dianggarkan 14.2 kes baru Jenis 1 ini terjadi dari 100,000 kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun.




Anda Moody? Emosional? - Kurang Gula Membahayakan

Dalam sehari, mood anda tidak tetap. Sekejap ceria dan penuh bertenaga, sekejap muram tidak bermaya seperti mayat hidup.

 Tahu kenapa? Semuanya berkaitan gula. Ramai antara kita yang menghidapi masalah gini, dan kebiasaannya normal kecuali ada ketikanya, kadang-kadang golongan ini sakit kepala, ketar-

Sedekad lalu, diagnosis kepada masalah ini dinamakan hypoglycemia (kurang gula dalam badan), punca kepada masalah lupa, tekanan (depression), terjerit-jerit sendirian, dan makan banyak makanan manis. Disebabkan hal pesakit yang tidak menentu, ini adalah sejenis diagnosis yang tidak digemari oleh doktor perubatan.

Namun kini, penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada 'sesuatu' yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda 'terlebih alert', anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda sendiri.

Lupakan tentang kemasyuran dalam kulinari, apa yang badan mahukan hanyalah hancurkan semua, gaul dan menyerap segala nutrien diperlukan supaya mampu dibawa darah seterusnya sampai ke sel-sel badan. Gula dalam darah (glukosa) menyediakan tenaga agar otak dapat berfungsi, jantung dapat terus mengepam, dan lain-lain organ dan otot terus berfungsi dengan baik. Jadi tidak hairan, keadaan ini memerlukan sistem hormon yang kompleks, dalam mengawal julat normal gula dalam badan. Kedua-dua hormon, insulin dan glucagon berupaya memastikan imbangan gula walaupun anda terlepas makan tengahari ataupun bekerja sepanjang hari.

Namun, anda boleh mengganggu sistem hormon dengan hanya terlebih makan makanan berkarbohidrat tinggi (gula-gula, kek, soda, wafer sirap dan termasuklah roti putih, bagel, jus oren dll). Makan terlebih makanan manis, gula dalam badan akan meningkat mendadak. Dan bagi mengimbangi hal ini, insulin akan dirembesken pankreas secara berlebihan juga. Semakin banyak gula anda telan, semakin tinggi kebarangkalian bagi badan menghasilkan insulin berlebihan.

Keadaan tidak normal sebegini memungkinkan insulin bertindak berlebihan, mengurangkan gula dari kadar sepatutnya. Hal ini kemudiannya mendorong tindakbalas kimia lain bagi menaikkan semula kandungan gula (eg: adrenalin yang dirembes ketika kecemasan). Apa yang anda buat hanyalah makan separuh kek manis semasa parti, dan kini anda berada dalam siren, degupan jantung laju, berpeluh sejuk, seperti ada seseorang mahu membunuh anda.

Badan anda tidak gemar kepada kekurangan gula, kerana otak memerlukan gula berpanjangan untuk terus berfungsi. Jika otak terganggu, segalanya akan rosak. Sekali badan menerima amaran kandungan gula rendah dan bertindak dalam mod panik, keadaan kecemasan ini akan berterusan sekurang-kurangnya setengah jam. Tidak kisahlah jika anda kemudiannya cuba memakan makanan lain, anda perlu menunggu tindakan hormon panik hilang untuk kembali mendapat keadaan badan normal.

Badan nampaknya mempunyai sistem gila dalam mengelakkan kekurangan gula. Namun, melalui pemakanan berkarbohidrat yang betul dan sedikit perubahan pada diet, anda mampu mengelakkan tragedi diatas.

1. Mulakan Dengan Sarapan pagi
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.

Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.

Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.

2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.

Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.

3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.

4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

5. Beri Perhatian
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
(a) mengandung dan menderita perasaan takut
(b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).

Jadi pemeriksaan doktor berbaloi dilakukan segera tidak kira betapa sibuk jadual harian anda.